Tentang Penulis

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera Kepada Pembaca Sekalian..

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk melawat blog saya ini.

Blog ini bertujuan untuk berkongsi pendapat dan bertukar tukar idea untuk menjalankan pengubahsuaian rumah terutamanya bahagian dapur.

Melalui Blog ini, Saya amat berharap dapat mencapai beberapa matlamat saya :

1) Memberikan Sedikit Info Mengenai Pengubahsuaian Rumah secara Am nya dan mengenai Pengubahsuaian Dapur Khasnya.

Di Malaysia, Contractor tidak terikat dengan mana-mana undang-undang khas mengenai pengubahsuaian ataupun mana-mana badan pengubahsuaian. Kita sering dengar mengenai seseorang di tipu contractor. Dan semua ini sering berlaku di sekeliling kita. Saya berharap dengan Blog ini, dapat membantu mereka yang kurang berpengetahuan tentang pengubahsuaian rumah terutama mereka yang baru ingin berhasrat untuk melakukan kerja pengubahsuai pertama mereka.

2) Untuk tunjukan serba sedikit hasil kerja saya kepada semua pembaca dengan niat dapat memberikan sedikit idea kepada mereka yang ingin melakukan pengubahsuaian dapur ataupun rumah.

Semoga kita dapat bersama-sama berkongsi pendapat untuk meluaskan lagi minda saya dalam pengubahsuaian dapur dan rumah untuk ilmu bersama.

Sekian,  Terima Kasih

Momo Mofi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s